Rumah Sewa Non Resident

Berikut adalah senarai rumah sewa untuk pelajar Non Resident. Sila klik pautan dibawah untuk paparan penuh (Dikemaskini pada 3 September 2020

Pihak UPKNR menasihatkan pelajar agar mengikuti panduan berikut bagi untuk urusan sewaan rumah / asrama sewa.

  1. Hubungi Unit Pengurusan Dan Kebajikan NR di talian 09-9762443 / 2445 / 0104152443 bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan rumah sewa.KAMI SEDIA MEMBANTU.
  2. Sila pastikan rumah sewa yang ingin disewa berada dikawasan yang selamat, tidak ada ancaman bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
  3. Kawasan rumah sewa yang cerah, berpagar, dan tidak jauh dari rumah-rumah yang lain adalah satu kelebihan.
  4. Sila lawat dahulu rumah/asrama yang hendak disewa. pastikan ianya seperti yang diiklankan. 
  5. Sila pastikan anda mendapat resit bayaran sekiranya bayaran dibuat.
  6. JANGAN berurusan dengan orang tengah, sebaliknya berurusan dengan pemilik rumah/asrama.
  7. Sila pastikan pemilik rumah sewa menyediakan perjanjian sewa asrama/rumah. Sekiranya tiada, sila muat turun contoh perjanjian dibawah. Anda dan pemilik rumah sewa perlu lengkapkan dan hantar satu salinan ke pejabat NR.

Keputusan Permohonan Kolej (Non Resident)

 Untuk keputusan kolej kediaman, sila klik link dibawah Keputusan Kolej Untuk Pelajar Non Resident